Si miskin dan si kaya (1)

Posted: May 7, 2011 in Uncategorized

oleh Si S.

Lapar,

Kata dari neraka bagi Si Kaya,

Kata syurga bagi Si Miskin.

Restoran mewah,

Hanya angan-angan bagi Si Miskin,

Kenyataan buat Si Kaya,

***

Apa ‘kau’ tidak nampak?

Betapa jurang hubungan ‘kita’

Read the rest of this entry »

Songsang

Posted: May 4, 2011 in Uncategorized

oleh mesincetak

Manusia sering melihat kebenaran terus yang sia-sia..

Hamid masih teruna.  Belum dikacau dengan imaginasi-imaginasi porno.  Budak baik yang tinggal di kampong Hulu Badak.  Kampong Hulu Badak, seperti namanya, jauh ke hulu.  Jangan kata perkihidmatan wifi, malahan talian telefon bimbit kadang-kadang terganggu.  Maka,bolehlah kita andaikan bahawa Hamid ini tidak mempunyai akaun facebook, atau setidaknya akaun facebook nya tidak aktif seperti rakan-rakannya yang lain.  Maka, hiburan Hamid semasa hari cuti di rumah ialah menonton Panggung Sabtu.

Sungguh, dalam kalangan rakan-rakan sekolahnya, Hamid agak ketinggalan.  Bermacam-macam cerita menarik berkenaan facebook yang menjadi bahan cerita rakan-rakannya.  Zahir, katanya sudah mempunyai 1080 orang rakan dalam facebook.  Azwan katanya lebih 543 rakan daripada Zahir, katanya Azwan kerap menambah rakan walaupun beliau sendiri tidak kenal.  Saodah, minah becok dalam kelasnya lebih hebat, katanya satu hari hampir 45 orang yang menambahnya sebagai rakan.  Zahir kata Saodah mempunyai ramai rakan kerana menggunakan gambar LiSA sURIHANI sebagai gambar profilnya.  Hamid melopong, tidak tahu bagaimana mahu mencelah.  Kesemua itu amat asing baginya. Read the rest of this entry »

oleh Si S.

‘Engkau bunga, aku serigala’.

Begitu jawapan Leonida saat aku bertanya kepadanya, ‘Apa yang kau harap dari sebuah revolusi?’ . Leonida gadis muda yang manis, punya tahi lalat kecil di cuping telinga dan di bawah dagu. Lenggang jalannya macam kucing. Katanya, ‘Aku boleh menggayakan pelbagai lenggang, tapi aku hanya sukakan ‘catwalk’ gaya Halle Berry’. Aku hanya tersenyum. Leonida punya lesung pipit sebelah kiri. Dan dia selalu berbangga dengan lesung pipit kirinya itu. Katanya  ‘Ini lesung pipit revolusi, sebab itu hanya ada di pipi kiri aku, tidak di kanan’. Aku hanya tersenyum, mengejek sambil membalas, ‘kalau macam tu, lebih baik kau potong sebahagian tubuh di sebelah kanan kau, biarkan yang tinggal hanya kiri tubuh badan kau’.

Leonida tertawa sambil menyindir ‘Kau tidak pernah faham apa-apa, sebab kau bunga, aku serigala’. Read the rest of this entry »

PEMULA BICARA

Posted: April 26, 2011 in Uncategorized

OLEH: PENULIS WARKAH

Dengan sebatang Marlboro Black Menthol dan secawan kopi lazat aku mulakan bicara. Aku bukan sosialis juga bukan liberal. Entah. aku sendiri tidak tahu ke mana harus aku meletak diri. mungkin aku hanya seorang pemerhati. Ya, pemerhati. Apa aku ingin ceritakan kali ini ialah sebuah kisah. Kisah sebuah pilihan raya yang sangat baru melabuh tirai. Di sebuah tempat seberang laut, bawah satu bendera. Di akhirnya sang penindas berabad lama menang lagi.

Pembesar yang berambut putih itu menang lagi. Senyum puas. Lebar. Lebih lebih lagi dia dapat meraikan bersama gadis arab bersusuk gebu dan montok. Ada satu gerombolan dari barat cuba menghasut rakyat tempatan supaya pembesar zalim itu jatuh terduduk tapi tak berdaya.dia terlalu kuat. aku kecewa. bukan hanya pada dia.tapi keduanya. Kerana mereka sibuk berebutkan takhta. Lupa pada rakyat jelata. Menang mereka tidak sempurna. Kalah mereka diduga.

Aku ada teman di sana.banyak tak terkira. Aku kira mereka tidak selesa. aku pun lihat sakit mata. Bergelut dengan kehidupan. Tidak belajar, tidak dapat pendidikan sempurna. Mereka terus bergelut dan bergelut supaya dapat mereka terus hidup. Tanpa ilmu,mereka bekerja di usia yang sangat muda. Padahal mereka bukan bodoh. Tapi dek kerana kesempitan wang dan kurang kesedaran mereka terperangkap. Ini cerita di dalam Bandar.

Aku yakin ia juga berlaku di  kawasan dalam. Pembesar pembesar bukan lupa tapi memang ini yang mereka mahukan.  Supaya anak muda tidak melawan. Supaya nak muda terus berada dalam kejahilan. dapat lah si tua berambut putih itu mengaut segala harta di depan mata. Dan mereka sengaja, memang sengaja. Dan warkah ini pemula bicara .

Hanger, 32 B

Posted: April 14, 2011 in Uncategorized

oleh Narapidana

Tulang selangka ku,

Untuk kau sangkut

buah dada mu.

 

Selalu.

Oleh Sang Sida-Sida Istana

BAHAGIAN II

Sambil termenung di bawah pohon geduak, Abu Maling tidak semena-mena mendapat ilham..Ilham dari langit mungkin..Wah ini sudah kira ilmu A Priori…Dengan hanya menggunakan kekuatan akal sahaja sudah hadir ilham…Tidak payah beliau bersusah payah mengumpul data-data empirik..Ah Bullshitlah John Locke dengan empirismenya!…Tidak tahukah dia yang kekuatan taakulan akal lagi maha hebat daripada kaedah observasi dan pengalaman..Tabula rasa kepala otak dia!..Seumur hidup pun John Locke hanya merantau ke England dan Perancis sahaja..Ke Belanda pun hanyalah sekali..Itu pun untuk mengikut rombongan muhibbah Earl of Shaftesbury ke rumah pelacuran di Amsterdam, getus hati Abu Maling…. Tiba-tiba marah pula dia kepada Bapa Liberalisme politik England itu…Mungkin inilah hasil sistem pendidikan kritikal yang beliau terima dahulu daripada guru politik beliau sebagai persiapan menduduki jawatan Penggawa Dewan Penyamun Darul Hisan…Yalah…Mahu menjadi Penggawa, mestilah tahu serba sedikit ilmu falsafah politik..Barulah nampak hebat bila beri ucapan..Baru teruja orang ramai bila mendengar beliau membicarakan tentang idea John Locke, Karl Marx, Ibnu Sina, Foucault ketika mempimpin Dewan Penyamun Darul Nisan kelak…Baru terkesima komuniti penyamun Sabak Bernam bila mendengar beliau membicarakan kaedah ‘Convivencia’ dalam menyatukan para penyamun berbagai agama dan mazhab nanti..Barulah teruja kumpulan penyamun Pulau Ketam tatkala beliau membicarakan tentang kaedah ekonomi apungan, tangan-tangan ghaib dan ‘surplus value’ dalam menguruskan Kumpulan Wang Persaraan Penyamun nanti…Namun kini segalanya musnah…Beliau tinggal sehelai sepinggang..Kepada siapa ilmu-ilmu ini mahu dicurahkan?…Kepada beruk-beruk di hutankah?…Aduhai malang nasib aku monolog Abu Maling kepada dirinya… Read the rest of this entry »

Bercanda dengan Tuhan 1

Posted: January 25, 2011 in Uncategorized

Oleh Narapidana

Cumbu rayu krisyna

Jesus yang tersalib

Darah-darah yang menetes dari lukanya

Penyempurnaan yang senyap-senyap

Perilaku onani dalam kultus gnostik

Darwin yang menari

Pesta golongan Dionysian

Kesatuan peringkat transedental

Sedang yang lain berusaha memiliki dan dimiliki Tuhan